Ahad, 31 Mei 2009

TEKA TEKI

QUESTION 1.
BANYAK - BANYAK KAMBING, KAMBING APA YANG KENA CARI?
QUESTION 2.
APA PERSAMAAN KAMBING DENGAN TIANG LETRIK?
QUESTION 3
KALAU MANUSIA JADI KAMBING, KAMBING NAK JADI APA?

Selasa, 26 Mei 2009

gambar kambingku
















Nak tengok kambing comel ku .. mari -mari

PROJEK 2009

Projek baru ku. Tengah posing sikit, penat dari kerja mengecat kayu.


Dah lama aku tak menulis di duniaku ini.Bukan apa ..aku terlalu penat,penat,penat dan sibuk.Tambahan lagi exam sem 1 dalam perjalanan terakhir. Minggu ini memang aku terlalu penat utk mencatat kegiatanku.Alhamdulilah, Allah memberikan sedikit ruang waktu utk aku menulis kali ini.
Kini, aku tengah mengusahakan projek pertamaku pada tahun 2009 ini. Ianya baru bermula pada pagi ahad 24.05.2009 yang lepas.Dalam pada itu, tengaharinya , aku menerima cucu baru yang kelima yang ku beri nama kaprima. Jantan pula tu.Syukur alhamdulilah. Allah menambah rezekiku, dan moga itu akan menguatkan keimananku kepada Nya
Projek 2009 ini aku mulakan untuk persediaan aku ke projek seterusnya. Ya, dalam kepala ni terlalu banyak idea yang tersimpan dan terpaksa pula untuk dikeluarkan. Memang perit tetapi seronok untuk melakukannya.Projek ini akan menjadi projek 2 n 1. Tak tahu menjadikah tidak ?








Rabu, 20 Mei 2009

RENUNGAN

RENUNGAN 1
JIKA KITA TAK TAHU APA YANG KITA MAHU,
MUSTAHIL KITA DAPAT APA YANG KITA MAHU.

TANPA MATLAMAT MANUSIA MERABA DALAM KEGELAPAN.
TANPA MATLAMAT MANUSIA SERING KECEWA DIHANYUT OLEH PENGARUH SEMASA.
TANPA MATLAMAT MANUSIA MUDAH TEWAS SEBELUM BERJUANG.

RENUNGAN 2.

DI DALAM DIRI KITA TERDAPAT HARIMAU DAN NAGA YANG SEDANG TIDUR. KEJUTKANLAH DIA MUDAH-MUDAHAN DIA AKAN BANGKIT MENGGEGARKAN ALAM DAN TENAGA PERKASA.ANDA AKAN LIHAT DAN RASAI SEKARANG.

RENUNGAN 3.

TIADA MANUSIA YANG MERANCANG UNTUK GAGAL.YANG ADA HANYALAH MANUSIA YANG GAGAL UNTUK MERANCANG.

JIKA ANDA GAGAL MERANCANG SEBENARNYA ANDA SEDANG MERANCANG UNTUK GAGAL

Selasa, 19 Mei 2009

CERITA LAGI

Dah beberapa hari aku cuba menulis tetapi kepayahan amat terasa kerana penguasaan ilmu di bidang penulisan ini masih terlalu cetek.Bukan apa susah sangat nak buka blog sendiri bila password sendiri dah lupa... kacau... kacau..
kepada yang sudi komen blog saya terutama ust.norazman n yusman ,terima kasih banyak.Bantu dan bimbinglah saya agar saya macam kalian, sama hebat , sama campin.
Sekarang nak sambung cerita Duniaku .. penternakan.
Dulu..dulu entah dulu dulu,akupun tak tahu. tapi seingatku ketika aku menuntut di UMS, aku mula membiasakan diri dengan dunia penternakan.Asal sahaja rancangan agrotek atau bumi kita di TV1, pasti aku akan terpacak depan tv.Setiap hari aku tak akan miss punya.Bahan -bahan bacaan tentang penternakan adalah bahan favorite ku.Tidak kurang juga aku membaca kisah kejayaan usahawan -usahawan yang telah berjaya dalam bidang penternakan. semua ini membuka mindaku untuk berusaha seperti mereka.Aku kurang memikirkan tentang risiko tetapi lebih suka untuk meneroka.Kegagalan ,kerugian pada ku adalah perkara kedua.yang penting kepuasan untuk mencuba
Sewaktu dulu, aku pernah menternak burung puyuh telur dan daging. Akibat kurang pasaran... aku tak tahu nak pasarkan kemana .. aku bagi saja jiran-jiranku puyuh -puyuh tu untuk dia sembelih dan makan.Aku bermula lagi dengan itek...aku mula dengan 220 ekor itek telur.seronok bukan kepalang.Banyak masa dan wang dikeluarkan untuk ini. Dah agar besar dan boleh mengeluarkan telur ... tetapi panas yang kusangka sampai kepetang rupanya hujan ditengah hari.Banjir melanda..itek - itekku mati tak tahu kenapa. setiap hari lebih 30 ekor yang mati.Akhirnya yang tinggal hanya 5 ekor sahaja .... Itupun aku tak kisah lagi kerana penat jerihku tak berbaloi.Mungkin tuhan itu amat maha adil . Dia tak mahu aku berjaya terlalu awal.Allah mahu aku berusaha dan berusaha lagi.Takut aku akan lupa diri bila diberikan kejayaan yang terlalu awal. Syukur alhamdulilah.
Bertitik tolak dari itu, aku melangkah lagi. berjualan ditamu / pasar minggu. tapi ini anak buahku yang kuat menjalankan.aku hanya bagi modal sahaja.untung dia yang punya.setiap 3 kali seminggu kami akan berjualan.aku tukang hantar and tolong pas

KEDIAMANKU.

Rumah kediamanku di Kg Tuangak,Bongawan.

Anak Bongsu kesayangan kami Nor Khalidah Yasmin.





Isteri tersayang Pn.Norasyikin Abdullah.

Sabtu, 16 Mei 2009

Dunia Penternakan.Mengapa diminati?

Aku sebenarnya meminati pelbagai bidang.Bukan apa ,aku lebih suka mencuba dan mencuba tanpa memikirkan risiko atau kerugiannya.Pelbagai bidang telah aku ceburi :bermula dengan perniagaan kedai runcit,berjualan di pasar-pasar tamu, menternak itek, puyuh dan kini kambing pula.Bukan mengalah semuanya tetapi itu aku jalankan tanpa ilmu pengetahuan.
Kini aku mula berjinak-jinak dengan kambing apabila aku berkenalan dan bergaul rapat dengan orang yang terlibat dengan penternakan.Terutama Drs Daud Hj.Yussof, Mohamad Durahim,Merin dan ramai lagi.Mereka banyak membuka minda dan membantu aku dalam mengusahakan penternakan ini.
Peringkat awal ,tahun 2007 , aku bermula dengan 11 ekor kambing dan berkongsi dengan abang iparku.Setelah aku mampu membeli sebidang tanah berkeluasan 4.9 ekar dengan harga yang agak mahal iaitu RM66.000.00.,pada awal 2008, aku berdiri sendiri dengan pembahagian kambing sama rata.Maknanya hanya 6 ekor dengan keluasan kandang 12x30 kaki. Kini awal 2009 aku dah ada 15 ekor kambing dengan saiz kandang 28x30 kaki.Memang penat dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga, tetapi dengan bantuan isteri tersayang dan anak-anak yang minat dan mahu membantu semua itu sudah tidak menjadi masalah.Aku bersyukur kerana setakat ini, hanya dua ekor kambing ku yang terkorban akibat penyakit yang tak aku ketahui.Aku kini mula untuk memperdalami ilmu perubatan penyakit kambing.
Sebenarnya,,, aku memulakan penternakan ini sebagai persediaanku masa kau pencen nanti.Lagipun Nabi Muhamad s.a.w. dulu menjadi pengembala kambing..So aku nak ikut sunah nabilah ni.Ia banyak mengajar kita supaya lebih banyak bersabar.Kan kambing binatang alim yang berjanggut.Tetapi kalau kita tarik kedepan..pasti dia tak mahu. bersambung nanti

Khamis, 14 Mei 2009

dulu kini dan selamanya.

Aku adalah aku yang dulu jua.Tiada pernah berubah watak dan perangai cuma fizikal dan yang lainnya berubah mengikut usiaku.Sekarang usiaku dah meningkat.Pengalaman memang boleh ceritakan pada anak -anak tapi ilmu masih perlu penuntutan.Tahap kesihatan pun dah mula menurun.Ketika aku menulis nipun,aku baru balik dari kelinik kesihatan bongawan,berjumpa doktor yang sangat baik dan komited terhadap tugasnya.Demikan jua jururawat di sana, cukup memberikan layanan yang terbaik kepada ku dan yang lain.Ya aku kena Xray lagi minggu depan kerana masalah batu karangku.Dah dua hari aku mc ni.Risau jua bila ada kerja masih tak selesai.tapi macm mana....
Kepada rakan -rakanku di sekolah,terima kasih banyak atas prihatin tuan.Aku nak menulis ni sebenarnya belum terancang tapi dah mula berminat menulis.Terima kasih tak terhingga kepada Ust Nor azman yang banyak membantu dan membimbing sehingga terbitnya blok ku ini.Biarpun pengisian baru bermula tapi akan saya isikan dengan pengalamanku sebagai seorang penternak kambing.Tunggu ceritanya nantiiiii.........

Isnin, 11 Mei 2009

Assalamualaikum

selamat bertemu didunia maya sky bermula hari ini.alhamdulillah.