Isnin, 13 Julai 2009

bekunyanyang lagi

Askm.Dah masuk 2 minggu aku tak berpeluang membaca dan menulis diruanganku ini.Demikian juga aku tak berkesempatan membaca blog memberku yang sentiasa mencoret cerita. Mohon keampunan jika tak dapat komen.Ust punya blog selalulah buka disekolah.Rasa rindu juga dengan ust tu bila dah pindah ke smkm.Apa nak buat.Katanya .... banyak kebaikan dari keburukan bila berpindah.Ternyata melalui blog tu ust cukup gembira di sekolah baru.Tahniah.
sebenarnya tiada yang betul -betul menarik utk aku mencoret kali nii..Bukan apa tiada yang boleh dikongsi.Sekadar masalah disekolah .. dah perkara biasa.pelajar dengan perangainya yang terkadang menimbulkan migrain dan batu karang.Tapi aku sentiasa berdoa agar semua pelajar smkm11 akan menjadi manusia yang berguna dan berjaya dengan cemerlangnya dalam pmr,spm dan stpm.Dan aku cukup otimis yang mereka bukanlah pelajar yang teruk sangat.Mereka boleh dibentuk sebenarnya,
Tahun 2009 ni, aku pening juga bila tiga orang anak lelakiku akan menduduki peperiksaan upsr,pmr dan spm.Mudahan enak-anak ku mampu mencipta rekod tersendiri dengan kejayaan mereka.Insaallah.
menyentuh tentang kebunku, tadi aku tengah menanam jagung manis.Penat jua bila aku menanam mengikut skala yang dianjurkan.Bukan apa ,percubaan lah katakan.Esok aku kena beli racun serangga kerana semut suka pada biji jagung tu.masih besar lagi kawasan yang nak ku tanam.Tanaman cili dah aku mula cambahkan. Tunggu ia mula mengeluarkan akar dan daun.Pun masih percubaan ku.Moga aku berjaya melakukannya. Tiada yang mustahil untuk dicuba.
Menyentuh kambing ku,insallah,hujung bulan ni akan ada kambing baru masuk.Besar kemungkinan sebelas ekor semuanya.Itu yang dijanjikan oleh pegawai jabatan haiwan.Tapi aku belilah bukan bantuan atau subsisdi.Tak tahu berapa ongkosnya...kena sedia sajalah.Minatlah katakan.Tapi makin banyak kambing, kos makan pun makin bertambah... demikian jua rumput.
Nanti kalau masuk kambing yang baru akan aku masukkan dalam blog ni utk tatapan sendiri. Projek cendawanku,sekarang ni tengah nak membuat rak saja lagi.Masalahnya ,kayu lambat sampai.Kena tunggu lagi Tapi sebulan ni, ia akan mula beroperasi.Maksudnya dah mula menempah medium tu dari ranau....dan ada di rumah cendawanku..insallah.

2 ulasan:

  1. Seronok bila baca perkembangan tuan...banyak projek rupanya....insyaALLAH mudah-mudahan tuan akan mendapat hasilnya kelak....tuhan memang sudah menjanjikan bahawa seseorang itu akan mendapat tuaian bagi setiap apa yang dikerjakan...sekiranya kerja buat itu baik maka baiklah tuaiannya, begitu juga sekiranya tuaian itu tidak baik maka kita akan dapat juga hasilnya nanti....

    Berdasarkan tuan punya bakunyanyang, memang menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Tuan mesti teruskan cerita hebat tuan diblog ini....

    Semoga berjaya sahabatku....

    BalasPadam