Selasa, 4 Ogos 2009

cucu baru

Petang tadi,4/8/09,sekitar jam 5petang seekor lagi kambingku selamat melahirkan anak.Syukur kepada Allah s.w.t. yang menambah rezekiku.Bulunya agak cantik dan pelbagai.Mcm 4 warna.Tapi aku tak sempat memastikan jantinanya.kta anakku , betina.So kini aku dah ada 28 ekor semuanaya\>terima kasih Allah.

Selasa, 28 Julai 2009

sekilas pandang
















belum dilatih masuk kandang
















Pondok Cendawanku







lihat 2
















lihatlah
























































masalah blog

tak tahu mengapa aku tak dapat memuat turunkam gambar - gambar terkini kambingku.Apa masalah aku tak tahu.

Khamis, 23 Julai 2009

KES 1

pagi tadi,tanggal 23/7/09 satu pergaduhan telah berlaku disek0lahku.Pelajar lelaki tingkatan 4,5 dan 2. Semuanya gara-gara kecil pasal perempuan kecil tingkatan satu yang dah tahu mengambil adik angkat dan berpacaran.Dunia - dunia. Kata anak samsuddin,bodoh betul lelaki tu kerana gilakan perempuan tu.Tak tahu menilai langsung ,katanya.Kasihan mereka kerana masih terlalu awal memikir yang bukan -bukan sedangkan apa yang sepatutnya mereka lalui masih terlalu panjang.Mereka tak tahu bahawa perjalanan hidup ini penuh dengan onak dan duri.Dah mereka tak memikirkan tentang pengorbanan orang tua mereka.Penyelesaian agak lama sehinggakan pelajar tersebut telah mencabar dan mengugutku.Ya dah nasib ketua disiplin.Apo boleh buat.Tapi demi keselamatku,laporan polis dah aku buat.bukan takut tapi berwaspada dan berjaga-jaga kerana mereka tak punya akal yang baik untuk bertindak yang baik.
Petangnya,setelah aku balik dari sekolah,aku terus berurusan dengan Jabatan haiwan,Bongawan.Niat hanya bertanyakan kambingku.Rupanya aku terus di suruh pilih dan ambil hari ni juga sedangakan aku tak bawa duit langsung.Apa lagi sesuka hatilah aku memilih kambing tu.Jua aku minta bantuan saudaraku yang serba tahu tentang baka yang baik.So aku angkat sebanyak 11 ekor semuanya.10 betina dan satu jantan.Syukurlah,ada rezeki.Cuma untuk hari ni aku tak dapat muatkan gambar terbaru kambingku tu.tengoklah besok kerana tadi aku tak bawa camera langsung.Yang bertambah,kerja dan kos makananlah.Tapi dengan izin allah,dan pertolonganNya,aku yakin mampu menguruskannya.Maknanya targetku tahun ni utk mencapai jumlah kambing ku sebanyak 20 ekor dah tercapai bila keseluruhan kambingku sekarang 27 ekor.alhamdulilah.Tahun depan ku sasarkan pula 40 ekor semuanya.insallah. bersambung

Isnin, 13 Julai 2009

bekunyanyang lagi

Askm.Dah masuk 2 minggu aku tak berpeluang membaca dan menulis diruanganku ini.Demikian juga aku tak berkesempatan membaca blog memberku yang sentiasa mencoret cerita. Mohon keampunan jika tak dapat komen.Ust punya blog selalulah buka disekolah.Rasa rindu juga dengan ust tu bila dah pindah ke smkm.Apa nak buat.Katanya .... banyak kebaikan dari keburukan bila berpindah.Ternyata melalui blog tu ust cukup gembira di sekolah baru.Tahniah.
sebenarnya tiada yang betul -betul menarik utk aku mencoret kali nii..Bukan apa tiada yang boleh dikongsi.Sekadar masalah disekolah .. dah perkara biasa.pelajar dengan perangainya yang terkadang menimbulkan migrain dan batu karang.Tapi aku sentiasa berdoa agar semua pelajar smkm11 akan menjadi manusia yang berguna dan berjaya dengan cemerlangnya dalam pmr,spm dan stpm.Dan aku cukup otimis yang mereka bukanlah pelajar yang teruk sangat.Mereka boleh dibentuk sebenarnya,
Tahun 2009 ni, aku pening juga bila tiga orang anak lelakiku akan menduduki peperiksaan upsr,pmr dan spm.Mudahan enak-anak ku mampu mencipta rekod tersendiri dengan kejayaan mereka.Insaallah.
menyentuh tentang kebunku, tadi aku tengah menanam jagung manis.Penat jua bila aku menanam mengikut skala yang dianjurkan.Bukan apa ,percubaan lah katakan.Esok aku kena beli racun serangga kerana semut suka pada biji jagung tu.masih besar lagi kawasan yang nak ku tanam.Tanaman cili dah aku mula cambahkan. Tunggu ia mula mengeluarkan akar dan daun.Pun masih percubaan ku.Moga aku berjaya melakukannya. Tiada yang mustahil untuk dicuba.
Menyentuh kambing ku,insallah,hujung bulan ni akan ada kambing baru masuk.Besar kemungkinan sebelas ekor semuanya.Itu yang dijanjikan oleh pegawai jabatan haiwan.Tapi aku belilah bukan bantuan atau subsisdi.Tak tahu berapa ongkosnya...kena sedia sajalah.Minatlah katakan.Tapi makin banyak kambing, kos makan pun makin bertambah... demikian jua rumput.
Nanti kalau masuk kambing yang baru akan aku masukkan dalam blog ni utk tatapan sendiri. Projek cendawanku,sekarang ni tengah nak membuat rak saja lagi.Masalahnya ,kayu lambat sampai.Kena tunggu lagi Tapi sebulan ni, ia akan mula beroperasi.Maksudnya dah mula menempah medium tu dari ranau....dan ada di rumah cendawanku..insallah.

Selasa, 30 Jun 2009

MASA DAH BERUBAH.

Kini aku tak seperti dulu lagi.Maksudku dalam usia yang semakin meningkat ini, banyak sudah pergerakan pantas dan cepat yang dulu menjadi kebiasaanku, kini sudah mula perlahan.terkini,aku baru sahaja selesai bermain badminton.Pergerakan dah semakin lambat,pukulan tak tentu arah,skill dah lari.Pokoknya, tak seperti dulu lagi.ya...... sudah lama aku tak berlatih untuk bermain.Apa tidaknya....... sedar diri lah tuan.

Isnin, 29 Jun 2009

projek 2009

Aku mengatur langkah lagi untuk meneruskan projek 2009ku yang terbelangkai seketika.Bukan apa, prosesnya agak perlahan tetapi bergerak setiap hari.Cuma tinggal lantai simen separuh lagi dan dinding cendawanku.Aku dah melawat satu projek cendawan dan hasil lawatan itu aku dah dapat byk idea bagaimana nak memulakan projek.Mudahan aku dapat siapkan sepenuhnya dalam tempuh sebulan ni.Yalah kakangan masa yang menjadi halangan untuk aku menyiapkannya.Yang boleh ku lakukan ialah tanaman jagungku.Pagar dah siap sepenuhnya,tinggal aku tanam aje,Yalah terpaksa memagar kerana kambingku tu nakal sangat,asyik nak menceroboh makan rumput saja.
Setakat ini, perkembangan kambingku masih bergerak perlahan.Yang bunting tengah menunggu untuk melahirkan.Mudahan targetku mencapai tahun ni kalau semua yang bunting tu selamat melahirkan .Bukan apa kita kena ada sasaran dalam pelbagai bidang.Perlu memandang jauh kehadapan.Kita bukan nak mengejar kekayaan tetapi kita menyahut hadis yang berbunyi..bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah -olah kamu akan mati keesokan hari nya. Dengan usaha yang lebih dan berlipat ganda,tidak mustahil Allah akan membalas segala penat jerih kita.



Isnin, 22 Jun 2009

LETOUR DE JAKARTA/BANDUNG













Asalamualaikum.Dah lama aku tak mencoret.Ya kekangan masa ,kesibukan dan musibah yang melanda sering membantut usaha untuk aku ngobrol .Kai ini aku nak mencoret tentang perjalanan ku ke Jakarta pada 6.6.2009 hingga 11.6.2009 yang baru lalu.
Aku berangkat menaiki pesawat Airasia tepat jam 10.10 malam waktu malaysia.Aku pergi melancung berdua bersama sahabat karibku,Oong Bon Hok, setiausaha guru cemerlang negeri Sabah.Dah lama tak merasa menaiki pesawat ni.Pesawat menurut bahasa Indonesia.Penerbanganku bersama rombongan pemain remaja indonesia bawah 15 tahun.Mereka menjuarai pertandingan ini.Pertandingan Bolasepak peringkat Asia yang berlangsung dikota konabalu.Aku menjadihairan bila aku berada dijakarta/bandung,tak adapun kemudahan padang seperti ditanah air.Padang sekolah adalah itupun berwarna merah.Rumputpun tak tumbuh.
Aku sampai di lapangan terbang antarabangsa Seohart0 Hatta Jakarta sekitar 12.45tengah malam.Menaiki bus dari kapal kelapangannya.Sedikit kelewatan kerana kami perlu mengisi borang imigresen lagi.Setibanya di sana kami dijemput ialah pemandu pelancung kami yang kami panggil Ari. Kami berdua langsung dibawa dari bandar jakarta terus ke Puncak.Satu kawasan libur penduduk Jakarta,diluar kota Jakarta.Dekat bogorlah. Kami menginap di Hotel Jagra sekitar jam tiga pagi. Kami berpindah bilik kerana bilik asal tak selesa kerana tak ada pengcas handphone.
Paginya kami berserapan di hotel sebelum menuju ke kawasan Safari.Singgah di kedai utk membeli sedikit kelengkapan .Dan pertama kali berbelanja.Waduh pak ,sekali bayar dah ratusan ribu. Baru beli air minuman .
Kami menuju ke taman safari. Di sepanjang jalan tu,rumah dan warung berderetan kiri dan kanan.Punya sesak.Ramai peniaga menjual lobak merah utk dibeli oleh pelancung utk makanan bintang di Safari tu.Safari ni amat luas .Tiada di Malaysia sebegini luas.Banyak binatang ada disini.Yang hairan tu, setiap kali kenderaan ada dan berhenti dia akan datang utk meminta makanan.Setelah puas melawat binatang liar menggunakan kenderaan,kami pun sampai di pusat safari tu.Pelancung tempatan terlalu ramai.Game show pun banyak sehingga sehari kami berjalan pun tak cukup. Cukup
menarik di kawasan safari ni.susah nak cerita tentang Game show nya.
Petang kami kembali turun utk keBandung.Namun kesesakan lalulintas menyebabkan kami tidak boleh melalui jalanraya tersebut.Semua kenderaan menuju Bandung terpaksa berhenti ditepi jalan.Kami mencari tempat makan malam kerana kami hanya boleh bertolak kebandung sekitar jam 7 malam.selesai makan kami terus dibawa ke Bandung. Perjalanan memakan masa 3 jam.Kami singgah sebelum kehotel utk membeli mangga dan sedikit makanan. Sampai di Hotel sekitar jam 1o malam.tempat cukup selesa berbanding hotel kami di malam pertama.
Di sini ,isu hangat ialah kes Manohara,imbalat dan siti hajar.Setiap hari kes itu dibicara secara langsung di kaca tv.Mereka meniupkan semangat anti malaysia.Ya baru aku tahu kes manohara tu.Kesnya bersama suaminya, putera sultan kelantan.
Hari kedua, kami shooping sakan di bandung.Satu gedung pakaian yang cukup terkenal di Bandung.Besar dan murah.Tempat kunjungan pelancong dari Malaysia. Kami seharian di sana membeli belah.Lepas tu kami ke sport center ,kawasan kasut dan barangan sukan.beli kasut yy,adidas,putsal dan raket badminton utk anak -anak. Habis dekat sejuta juga
Besoknya kami melawat ladang kambing di garut.Satu kawasan perkampungan.Perjalanan memakan masa hampir 3 jam.Ya ladangnya teruk,macam satu penderaan kepada binatang.Sampai membertu cakap,lebih baik lawat kadangmu dari ini.Kawannya hanya dibelakang rumah.Untungnya di situ ada barangan kulit buatan sendiri.Maka berabislah kami membeli baranag kulit.Puas membeli,kami mencuba kenderaan berkuda.Selepas itu singgah makan di kawasan makanan yang tersohor di kawasan Garut. Aku sempat menunaikan solat asar diMasjid Garut,Syukurlah kerana aku dapat menunaikan solat di salah satu masjid di Indon.
Balik tu aku terus ke Bandung untuk shooping lagi.Beli kasut, baju,n raket utk kegunaan sendiri.Terpaksa lagi ke money changer.Malam, kami balik kehotel setelah selesai makan malam.
Besoknya kami menuju ke Tangkuban Perahu.Melihat kawasan gunung berapi yang mempunyai lagendanya tersendiri.Akan aku ceritakan di ruangan yang khas nanti kisahnya.Peniaga di sini cukup lecek sekali.Sampai saja kami di sana,kami terus diserbu oleh lima orang peniaga yang terus meletakkan harga yang terlalu tinggi.Tak beli jangan layan atau tanya harga.Tetapi mereka akan ekori kita sehingga kita balik semula kekereta.Menipu dan memaksa betul .Tapi aku ada sedikit pengalaman tentang itu.Turun dari gunung tu, kami singgah di ladang strewberry.Bayaran masuk 5ribu seorang termasuk satu gekas jus strewberry,















da
n
g

Rabu, 3 Jun 2009

Jutawan sekejap.









Masuk hari ni dah dua kali aku ke kk berturut-turut. Penat bukan kepalang.Urusan tak selesai lagi. Hari ni urusan passpot anakku yang hendak ke Brunei Darussalam 26 jun ni.Ya, ada pertandingan ragbi katanya. Dia terpilih mewakili Labuan.

Selesai urusan di Imigresen, aku terus ke bank utk bank in di Center Point. Lepas tu makan n berjalan -jalan bersama anak bujangku. Aku cukup berterima kasih jua atas layanan pegawai imigresen tempat aku berurusan tadi.Mesra,peramah,dan bertanggungjawab.Moga semua penjawat awam macam dia.Baru senang kita berurusan.Tahniah dan terima kasih
Lepas makan, aku ke Wisma Merdeka. Aku pegri ke Money Changer.Pengurup wanglah senang. Aku pusing semua kedai pengurup wang tu dan barulah terjumpa kedai yang ok sikit. So aku tukarlah duit . RM 1 bersamaa 2900 rupiah. So aku tukarlah. aku kini jadi jutawan segera bila duit tukaran ku menjadi 3 juta 450 ribu.....Tak sangka aku jadi jutaawan sekarang ni.Kaya-kaya. Tapi duit sebanyak tu macam tak cukup bila nak shooping nanti.Kena tukar lagilah nampaknya di seberang tu bila tak cukup nanti. Tak tahulah aku kalau itu Ringgit Malaysia. Memang aku terus resign dari pendidikan.Buka bisnes lain lagi atau kasih kembangkan penternakan kambingku.
Menyentuh tentang kambingtu,projek ku tengah tunggu atap sampai. Katanya besok petang baru sampai. harap sebelum aku ke indon,projek 2009 ku dah beratap zing sepenuhnya.Lepas dari sana baru aku simen pula.

Isnin, 1 Jun 2009

KENINGAU SEKEJAP.

Hari ni aku kg.Bayangan, kekeningau.Tempat mentuaku tinggal.Kg.Bayangan adalah kawasan perkampungan yang cemerlang dalam Gerakan Daya Wawasan.Sering memenangi pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan.Memang cantik dan menarik.Ada resort,cafe dan pelbagai lagi.Masyarakatnya ramai dusun islam.Mereka hidup dalam harmoni dan saling bantu membantu.Penduduknya terdiri daripada kakitangan kerajaan , kontraktor, bekerja sendiri ,guru, petani dan sebagainya.Penduduk di sini sudah ramai yang berkelulusan menara gading.Cukup membanggakan.
Sebelum ke keningau ni, aku sempat melawat kandang kambing di Papar,kepunyaan seorang kawanku yang juga banyak memberikan idea bernas tentang penternakan. Namanya Abd Razak,. lebih dikenali sebagai spark. Tapi dulu ia lebih di kenali dengan "peranak kampung.Dia ku anggap sedang menuju ke arah usahawan yang berjaya.Kandangnya tak lah hebat sangat tetapi penuh dengan kambing yang sihat dan gemuk.Memang banyak. Yang hebat lagi, setiap bilik kandang itu semuanya ada anak kambing yang baru lahir.Dia menjalankan transit farm.PALING HEBAT LAGI, SEPANJANG AKU DI SITU AKU TAK MENDENGAR KAMBING MENGEMBEK.TAKJUB AKU.
Di sebelahnya ada reban itek .Sehari iteknya bertelur 50 biji telur. yang unik tu, kolam tempat itek tu berenang tu hanya sebesar tutup tangki sahaja. Tak percaya ya . Ya. akupun dulu pernah pelihara itek tapi aku ada kolam yang besar. Yang syok tu,masuk reban itek tu tak bau langsung.Bersih. Ada jua ayam kampung tapi tak banyak.
Yang hebat lgi tu dia dah memproses makanan sendiri.Proses makanan kambing dan itek .Itu sebablah aku datang ,nak belajarlah ni. Dah ada idea tapi aku kena mulakan selepas satu projekku sekarang ini terlaksana. Memang mahu buat jua...Sekarang ni aku tengah membeli zing spandek.Esok aku terpaksa memecut kekk.Banyak urusan. tak tahu dapat selesaikah tidak.
Esok aku sambung lagi...mengantuk aku.

Ahad, 31 Mei 2009

TEKA TEKI

QUESTION 1.
BANYAK - BANYAK KAMBING, KAMBING APA YANG KENA CARI?
QUESTION 2.
APA PERSAMAAN KAMBING DENGAN TIANG LETRIK?
QUESTION 3
KALAU MANUSIA JADI KAMBING, KAMBING NAK JADI APA?

Selasa, 26 Mei 2009

gambar kambingku
















Nak tengok kambing comel ku .. mari -mari

PROJEK 2009

Projek baru ku. Tengah posing sikit, penat dari kerja mengecat kayu.


Dah lama aku tak menulis di duniaku ini.Bukan apa ..aku terlalu penat,penat,penat dan sibuk.Tambahan lagi exam sem 1 dalam perjalanan terakhir. Minggu ini memang aku terlalu penat utk mencatat kegiatanku.Alhamdulilah, Allah memberikan sedikit ruang waktu utk aku menulis kali ini.
Kini, aku tengah mengusahakan projek pertamaku pada tahun 2009 ini. Ianya baru bermula pada pagi ahad 24.05.2009 yang lepas.Dalam pada itu, tengaharinya , aku menerima cucu baru yang kelima yang ku beri nama kaprima. Jantan pula tu.Syukur alhamdulilah. Allah menambah rezekiku, dan moga itu akan menguatkan keimananku kepada Nya
Projek 2009 ini aku mulakan untuk persediaan aku ke projek seterusnya. Ya, dalam kepala ni terlalu banyak idea yang tersimpan dan terpaksa pula untuk dikeluarkan. Memang perit tetapi seronok untuk melakukannya.Projek ini akan menjadi projek 2 n 1. Tak tahu menjadikah tidak ?








Rabu, 20 Mei 2009

RENUNGAN

RENUNGAN 1
JIKA KITA TAK TAHU APA YANG KITA MAHU,
MUSTAHIL KITA DAPAT APA YANG KITA MAHU.

TANPA MATLAMAT MANUSIA MERABA DALAM KEGELAPAN.
TANPA MATLAMAT MANUSIA SERING KECEWA DIHANYUT OLEH PENGARUH SEMASA.
TANPA MATLAMAT MANUSIA MUDAH TEWAS SEBELUM BERJUANG.

RENUNGAN 2.

DI DALAM DIRI KITA TERDAPAT HARIMAU DAN NAGA YANG SEDANG TIDUR. KEJUTKANLAH DIA MUDAH-MUDAHAN DIA AKAN BANGKIT MENGGEGARKAN ALAM DAN TENAGA PERKASA.ANDA AKAN LIHAT DAN RASAI SEKARANG.

RENUNGAN 3.

TIADA MANUSIA YANG MERANCANG UNTUK GAGAL.YANG ADA HANYALAH MANUSIA YANG GAGAL UNTUK MERANCANG.

JIKA ANDA GAGAL MERANCANG SEBENARNYA ANDA SEDANG MERANCANG UNTUK GAGAL

Selasa, 19 Mei 2009

CERITA LAGI

Dah beberapa hari aku cuba menulis tetapi kepayahan amat terasa kerana penguasaan ilmu di bidang penulisan ini masih terlalu cetek.Bukan apa susah sangat nak buka blog sendiri bila password sendiri dah lupa... kacau... kacau..
kepada yang sudi komen blog saya terutama ust.norazman n yusman ,terima kasih banyak.Bantu dan bimbinglah saya agar saya macam kalian, sama hebat , sama campin.
Sekarang nak sambung cerita Duniaku .. penternakan.
Dulu..dulu entah dulu dulu,akupun tak tahu. tapi seingatku ketika aku menuntut di UMS, aku mula membiasakan diri dengan dunia penternakan.Asal sahaja rancangan agrotek atau bumi kita di TV1, pasti aku akan terpacak depan tv.Setiap hari aku tak akan miss punya.Bahan -bahan bacaan tentang penternakan adalah bahan favorite ku.Tidak kurang juga aku membaca kisah kejayaan usahawan -usahawan yang telah berjaya dalam bidang penternakan. semua ini membuka mindaku untuk berusaha seperti mereka.Aku kurang memikirkan tentang risiko tetapi lebih suka untuk meneroka.Kegagalan ,kerugian pada ku adalah perkara kedua.yang penting kepuasan untuk mencuba
Sewaktu dulu, aku pernah menternak burung puyuh telur dan daging. Akibat kurang pasaran... aku tak tahu nak pasarkan kemana .. aku bagi saja jiran-jiranku puyuh -puyuh tu untuk dia sembelih dan makan.Aku bermula lagi dengan itek...aku mula dengan 220 ekor itek telur.seronok bukan kepalang.Banyak masa dan wang dikeluarkan untuk ini. Dah agar besar dan boleh mengeluarkan telur ... tetapi panas yang kusangka sampai kepetang rupanya hujan ditengah hari.Banjir melanda..itek - itekku mati tak tahu kenapa. setiap hari lebih 30 ekor yang mati.Akhirnya yang tinggal hanya 5 ekor sahaja .... Itupun aku tak kisah lagi kerana penat jerihku tak berbaloi.Mungkin tuhan itu amat maha adil . Dia tak mahu aku berjaya terlalu awal.Allah mahu aku berusaha dan berusaha lagi.Takut aku akan lupa diri bila diberikan kejayaan yang terlalu awal. Syukur alhamdulilah.
Bertitik tolak dari itu, aku melangkah lagi. berjualan ditamu / pasar minggu. tapi ini anak buahku yang kuat menjalankan.aku hanya bagi modal sahaja.untung dia yang punya.setiap 3 kali seminggu kami akan berjualan.aku tukang hantar and tolong pas

KEDIAMANKU.

Rumah kediamanku di Kg Tuangak,Bongawan.

Anak Bongsu kesayangan kami Nor Khalidah Yasmin.





Isteri tersayang Pn.Norasyikin Abdullah.