Khamis, 23 Julai 2009

KES 1

pagi tadi,tanggal 23/7/09 satu pergaduhan telah berlaku disek0lahku.Pelajar lelaki tingkatan 4,5 dan 2. Semuanya gara-gara kecil pasal perempuan kecil tingkatan satu yang dah tahu mengambil adik angkat dan berpacaran.Dunia - dunia. Kata anak samsuddin,bodoh betul lelaki tu kerana gilakan perempuan tu.Tak tahu menilai langsung ,katanya.Kasihan mereka kerana masih terlalu awal memikir yang bukan -bukan sedangkan apa yang sepatutnya mereka lalui masih terlalu panjang.Mereka tak tahu bahawa perjalanan hidup ini penuh dengan onak dan duri.Dah mereka tak memikirkan tentang pengorbanan orang tua mereka.Penyelesaian agak lama sehinggakan pelajar tersebut telah mencabar dan mengugutku.Ya dah nasib ketua disiplin.Apo boleh buat.Tapi demi keselamatku,laporan polis dah aku buat.bukan takut tapi berwaspada dan berjaga-jaga kerana mereka tak punya akal yang baik untuk bertindak yang baik.
Petangnya,setelah aku balik dari sekolah,aku terus berurusan dengan Jabatan haiwan,Bongawan.Niat hanya bertanyakan kambingku.Rupanya aku terus di suruh pilih dan ambil hari ni juga sedangakan aku tak bawa duit langsung.Apa lagi sesuka hatilah aku memilih kambing tu.Jua aku minta bantuan saudaraku yang serba tahu tentang baka yang baik.So aku angkat sebanyak 11 ekor semuanya.10 betina dan satu jantan.Syukurlah,ada rezeki.Cuma untuk hari ni aku tak dapat muatkan gambar terbaru kambingku tu.tengoklah besok kerana tadi aku tak bawa camera langsung.Yang bertambah,kerja dan kos makananlah.Tapi dengan izin allah,dan pertolonganNya,aku yakin mampu menguruskannya.Maknanya targetku tahun ni utk mencapai jumlah kambing ku sebanyak 20 ekor dah tercapai bila keseluruhan kambingku sekarang 27 ekor.alhamdulilah.Tahun depan ku sasarkan pula 40 ekor semuanya.insallah. bersambung

3 ulasan:

  1. Salam tuan, nampaknya macam lebih mudah mengurus kambing daripada mengurus pelajar....tak habis habis bergaduh, kalau kambing tahu buat malu manusia jer.....

    BalasPadam
  2. Best la kambing jantan tu...huhuhu 10 betina ooo

    BalasPadam
  3. Takilala berminat nak jadi kambing ker....10 ekor tu kambing penggoda....hehehe....

    BalasPadam