Selasa, 19 Mei 2009

CERITA LAGI

Dah beberapa hari aku cuba menulis tetapi kepayahan amat terasa kerana penguasaan ilmu di bidang penulisan ini masih terlalu cetek.Bukan apa susah sangat nak buka blog sendiri bila password sendiri dah lupa... kacau... kacau..
kepada yang sudi komen blog saya terutama ust.norazman n yusman ,terima kasih banyak.Bantu dan bimbinglah saya agar saya macam kalian, sama hebat , sama campin.
Sekarang nak sambung cerita Duniaku .. penternakan.
Dulu..dulu entah dulu dulu,akupun tak tahu. tapi seingatku ketika aku menuntut di UMS, aku mula membiasakan diri dengan dunia penternakan.Asal sahaja rancangan agrotek atau bumi kita di TV1, pasti aku akan terpacak depan tv.Setiap hari aku tak akan miss punya.Bahan -bahan bacaan tentang penternakan adalah bahan favorite ku.Tidak kurang juga aku membaca kisah kejayaan usahawan -usahawan yang telah berjaya dalam bidang penternakan. semua ini membuka mindaku untuk berusaha seperti mereka.Aku kurang memikirkan tentang risiko tetapi lebih suka untuk meneroka.Kegagalan ,kerugian pada ku adalah perkara kedua.yang penting kepuasan untuk mencuba
Sewaktu dulu, aku pernah menternak burung puyuh telur dan daging. Akibat kurang pasaran... aku tak tahu nak pasarkan kemana .. aku bagi saja jiran-jiranku puyuh -puyuh tu untuk dia sembelih dan makan.Aku bermula lagi dengan itek...aku mula dengan 220 ekor itek telur.seronok bukan kepalang.Banyak masa dan wang dikeluarkan untuk ini. Dah agar besar dan boleh mengeluarkan telur ... tetapi panas yang kusangka sampai kepetang rupanya hujan ditengah hari.Banjir melanda..itek - itekku mati tak tahu kenapa. setiap hari lebih 30 ekor yang mati.Akhirnya yang tinggal hanya 5 ekor sahaja .... Itupun aku tak kisah lagi kerana penat jerihku tak berbaloi.Mungkin tuhan itu amat maha adil . Dia tak mahu aku berjaya terlalu awal.Allah mahu aku berusaha dan berusaha lagi.Takut aku akan lupa diri bila diberikan kejayaan yang terlalu awal. Syukur alhamdulilah.
Bertitik tolak dari itu, aku melangkah lagi. berjualan ditamu / pasar minggu. tapi ini anak buahku yang kuat menjalankan.aku hanya bagi modal sahaja.untung dia yang punya.setiap 3 kali seminggu kami akan berjualan.aku tukang hantar and tolong pas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan