Sabtu, 16 Mei 2009

Dunia Penternakan.Mengapa diminati?

Aku sebenarnya meminati pelbagai bidang.Bukan apa ,aku lebih suka mencuba dan mencuba tanpa memikirkan risiko atau kerugiannya.Pelbagai bidang telah aku ceburi :bermula dengan perniagaan kedai runcit,berjualan di pasar-pasar tamu, menternak itek, puyuh dan kini kambing pula.Bukan mengalah semuanya tetapi itu aku jalankan tanpa ilmu pengetahuan.
Kini aku mula berjinak-jinak dengan kambing apabila aku berkenalan dan bergaul rapat dengan orang yang terlibat dengan penternakan.Terutama Drs Daud Hj.Yussof, Mohamad Durahim,Merin dan ramai lagi.Mereka banyak membuka minda dan membantu aku dalam mengusahakan penternakan ini.
Peringkat awal ,tahun 2007 , aku bermula dengan 11 ekor kambing dan berkongsi dengan abang iparku.Setelah aku mampu membeli sebidang tanah berkeluasan 4.9 ekar dengan harga yang agak mahal iaitu RM66.000.00.,pada awal 2008, aku berdiri sendiri dengan pembahagian kambing sama rata.Maknanya hanya 6 ekor dengan keluasan kandang 12x30 kaki. Kini awal 2009 aku dah ada 15 ekor kambing dengan saiz kandang 28x30 kaki.Memang penat dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga, tetapi dengan bantuan isteri tersayang dan anak-anak yang minat dan mahu membantu semua itu sudah tidak menjadi masalah.Aku bersyukur kerana setakat ini, hanya dua ekor kambing ku yang terkorban akibat penyakit yang tak aku ketahui.Aku kini mula untuk memperdalami ilmu perubatan penyakit kambing.
Sebenarnya,,, aku memulakan penternakan ini sebagai persediaanku masa kau pencen nanti.Lagipun Nabi Muhamad s.a.w. dulu menjadi pengembala kambing..So aku nak ikut sunah nabilah ni.Ia banyak mengajar kita supaya lebih banyak bersabar.Kan kambing binatang alim yang berjanggut.Tetapi kalau kita tarik kedepan..pasti dia tak mahu. bersambung nanti

2 ulasan:

  1. Sekarang ni barulah saya kenal siapa sebenarnya Tuan Kabul ni...Saya sangat hormati ketekunan dan ketabahan tuan dalam bidang ini. Saya doakan semoga tuan berjaya dalam bidang ini dan sentiasa seronok dengan apa yang tuan lakukan....

    BalasPadam
  2. Best wah jaga kambing ni kan ci?..mun kamu susah hati lihat saja binatang peliharaan/ ternakan anda...syukuri kejadian Ilahi..Inshallah hati tenang..memang susah but happy kan ci?

    BalasPadam