Isnin, 22 Jun 2009

LETOUR DE JAKARTA/BANDUNG













Asalamualaikum.Dah lama aku tak mencoret.Ya kekangan masa ,kesibukan dan musibah yang melanda sering membantut usaha untuk aku ngobrol .Kai ini aku nak mencoret tentang perjalanan ku ke Jakarta pada 6.6.2009 hingga 11.6.2009 yang baru lalu.
Aku berangkat menaiki pesawat Airasia tepat jam 10.10 malam waktu malaysia.Aku pergi melancung berdua bersama sahabat karibku,Oong Bon Hok, setiausaha guru cemerlang negeri Sabah.Dah lama tak merasa menaiki pesawat ni.Pesawat menurut bahasa Indonesia.Penerbanganku bersama rombongan pemain remaja indonesia bawah 15 tahun.Mereka menjuarai pertandingan ini.Pertandingan Bolasepak peringkat Asia yang berlangsung dikota konabalu.Aku menjadihairan bila aku berada dijakarta/bandung,tak adapun kemudahan padang seperti ditanah air.Padang sekolah adalah itupun berwarna merah.Rumputpun tak tumbuh.
Aku sampai di lapangan terbang antarabangsa Seohart0 Hatta Jakarta sekitar 12.45tengah malam.Menaiki bus dari kapal kelapangannya.Sedikit kelewatan kerana kami perlu mengisi borang imigresen lagi.Setibanya di sana kami dijemput ialah pemandu pelancung kami yang kami panggil Ari. Kami berdua langsung dibawa dari bandar jakarta terus ke Puncak.Satu kawasan libur penduduk Jakarta,diluar kota Jakarta.Dekat bogorlah. Kami menginap di Hotel Jagra sekitar jam tiga pagi. Kami berpindah bilik kerana bilik asal tak selesa kerana tak ada pengcas handphone.
Paginya kami berserapan di hotel sebelum menuju ke kawasan Safari.Singgah di kedai utk membeli sedikit kelengkapan .Dan pertama kali berbelanja.Waduh pak ,sekali bayar dah ratusan ribu. Baru beli air minuman .
Kami menuju ke taman safari. Di sepanjang jalan tu,rumah dan warung berderetan kiri dan kanan.Punya sesak.Ramai peniaga menjual lobak merah utk dibeli oleh pelancung utk makanan bintang di Safari tu.Safari ni amat luas .Tiada di Malaysia sebegini luas.Banyak binatang ada disini.Yang hairan tu, setiap kali kenderaan ada dan berhenti dia akan datang utk meminta makanan.Setelah puas melawat binatang liar menggunakan kenderaan,kami pun sampai di pusat safari tu.Pelancung tempatan terlalu ramai.Game show pun banyak sehingga sehari kami berjalan pun tak cukup. Cukup
menarik di kawasan safari ni.susah nak cerita tentang Game show nya.
Petang kami kembali turun utk keBandung.Namun kesesakan lalulintas menyebabkan kami tidak boleh melalui jalanraya tersebut.Semua kenderaan menuju Bandung terpaksa berhenti ditepi jalan.Kami mencari tempat makan malam kerana kami hanya boleh bertolak kebandung sekitar jam 7 malam.selesai makan kami terus dibawa ke Bandung. Perjalanan memakan masa 3 jam.Kami singgah sebelum kehotel utk membeli mangga dan sedikit makanan. Sampai di Hotel sekitar jam 1o malam.tempat cukup selesa berbanding hotel kami di malam pertama.
Di sini ,isu hangat ialah kes Manohara,imbalat dan siti hajar.Setiap hari kes itu dibicara secara langsung di kaca tv.Mereka meniupkan semangat anti malaysia.Ya baru aku tahu kes manohara tu.Kesnya bersama suaminya, putera sultan kelantan.
Hari kedua, kami shooping sakan di bandung.Satu gedung pakaian yang cukup terkenal di Bandung.Besar dan murah.Tempat kunjungan pelancong dari Malaysia. Kami seharian di sana membeli belah.Lepas tu kami ke sport center ,kawasan kasut dan barangan sukan.beli kasut yy,adidas,putsal dan raket badminton utk anak -anak. Habis dekat sejuta juga
Besoknya kami melawat ladang kambing di garut.Satu kawasan perkampungan.Perjalanan memakan masa hampir 3 jam.Ya ladangnya teruk,macam satu penderaan kepada binatang.Sampai membertu cakap,lebih baik lawat kadangmu dari ini.Kawannya hanya dibelakang rumah.Untungnya di situ ada barangan kulit buatan sendiri.Maka berabislah kami membeli baranag kulit.Puas membeli,kami mencuba kenderaan berkuda.Selepas itu singgah makan di kawasan makanan yang tersohor di kawasan Garut. Aku sempat menunaikan solat asar diMasjid Garut,Syukurlah kerana aku dapat menunaikan solat di salah satu masjid di Indon.
Balik tu aku terus ke Bandung untuk shooping lagi.Beli kasut, baju,n raket utk kegunaan sendiri.Terpaksa lagi ke money changer.Malam, kami balik kehotel setelah selesai makan malam.
Besoknya kami menuju ke Tangkuban Perahu.Melihat kawasan gunung berapi yang mempunyai lagendanya tersendiri.Akan aku ceritakan di ruangan yang khas nanti kisahnya.Peniaga di sini cukup lecek sekali.Sampai saja kami di sana,kami terus diserbu oleh lima orang peniaga yang terus meletakkan harga yang terlalu tinggi.Tak beli jangan layan atau tanya harga.Tetapi mereka akan ekori kita sehingga kita balik semula kekereta.Menipu dan memaksa betul .Tapi aku ada sedikit pengalaman tentang itu.Turun dari gunung tu, kami singgah di ladang strewberry.Bayaran masuk 5ribu seorang termasuk satu gekas jus strewberry,















da
n
g

2 ulasan:

  1. waduh, ngak ada mbak dlm koleksi gambarnya ya. huhuhu.. yg pasti kismis minda ngak ada yg gratis lagi...huhu

    BalasPadam
  2. Waduh pak.... macam pernah denger tajuk ni tapi di mana ya.... O ya...di santai barangkali...tapi bunyiknya dalam negeri saja.....

    Wah seronok bangat ya pak...!!! lupa mau berkirim salam sama En Singa itu....

    BalasPadam