Isnin, 29 Jun 2009

projek 2009

Aku mengatur langkah lagi untuk meneruskan projek 2009ku yang terbelangkai seketika.Bukan apa, prosesnya agak perlahan tetapi bergerak setiap hari.Cuma tinggal lantai simen separuh lagi dan dinding cendawanku.Aku dah melawat satu projek cendawan dan hasil lawatan itu aku dah dapat byk idea bagaimana nak memulakan projek.Mudahan aku dapat siapkan sepenuhnya dalam tempuh sebulan ni.Yalah kakangan masa yang menjadi halangan untuk aku menyiapkannya.Yang boleh ku lakukan ialah tanaman jagungku.Pagar dah siap sepenuhnya,tinggal aku tanam aje,Yalah terpaksa memagar kerana kambingku tu nakal sangat,asyik nak menceroboh makan rumput saja.
Setakat ini, perkembangan kambingku masih bergerak perlahan.Yang bunting tengah menunggu untuk melahirkan.Mudahan targetku mencapai tahun ni kalau semua yang bunting tu selamat melahirkan .Bukan apa kita kena ada sasaran dalam pelbagai bidang.Perlu memandang jauh kehadapan.Kita bukan nak mengejar kekayaan tetapi kita menyahut hadis yang berbunyi..bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah -olah kamu akan mati keesokan hari nya. Dengan usaha yang lebih dan berlipat ganda,tidak mustahil Allah akan membalas segala penat jerih kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan